Bung Moktar Sokong Penuh Wujud Kerajaan Perpaduan Sabah

Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong penuh cadangan untuk mewujudkan kerajaan Perpaduan Sabah yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah yakin bahawa melalui Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik itu mampu meredakan suhu politik di Sabah.

“Sebagai Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah, saya menyokong penuh cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik di negeri ini.

“Saya yakin dan percaya melalui Kerajaan Perpaduan ini ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik negeri Sabah ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini, pada awal pagi Selasa.

Sehubungan itu, Bung Moktar berharap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima saranan daripada Anwar demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Perdana Menteri ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diadakan pada Selasa, Bung Moktar memaklumkan bahawa sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah tidak dapat hadir pada persidangan itu.

“Sebahagian ADUN UMNO tidak dapat menghadirkan diri kerana perlu berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *