5 ADUN UMNO Sabah Tarik Balik Desakan Supaya Bung Berundur

Bung Moktar Radin didesak meletak jawatan atas peranannya dalam cubaan menggulingkan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan mendesak Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berundur, lima ADUN membuat pusingan U dengan menarik balik desakan mereka.

Kelima-lima mereka, yang menyuarakan sokongan kepada Ketua Menteri, Hajiji Noor terhadap cubaan menggulingkannya, menghantar kenyataan semakan kepada media malam ini, tanpa desakan berundur.

Dalam kenyataan baharu itu, lima ADUN terbabit mengecam komplot menjatuhkan Hajiji sebagai ketua menteri, tetapi tidak memasukkan desakan supaya Bung melepaskan jawatan ketua parti negeri seperti dalam kenyataan sebelum ini.

Semua perkara lain dalam kenyataan terdahulu sama, termasuk pengisytiharan sokongan terhadap Hajiji.

Lima ADUN itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Arsad Bistari (Tempasuk). – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *