Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Ebit Lew

RamSingh (dua dari kanan) serta dua lagi rakan peguam mewakili Ebit Lew dalam perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom. 

TENOM : Permohonan peguam supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan terhadap media daripada melaporkan perkataan sensitif sepanjang prosiding kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan berpandangan sama dengan mahkamah bahawa media mempunyai hak untuk melaporkannya.

“Kes dibicarakan dalam mahkamah awam dan bukti diberikan di dalam mahkamah awam.

“Media tidak boleh bersifat selektif dalam memilih atau memutuskan perkara yang sensitif kepada tertuduh atau pengadu.

“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan permintaan itu,” katanya.

Zahida berkata demikian sebelum memulakan pemeriksaan balas membabitkan saksi ketiga, Firdaus Wong, hari ini.

Sementara itu, mahkamah memutuskan tidak melayan permohonan perintah larangan yang dikemukakan pihak pembelaan berdasarkan hujahan kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, peguam bela mewakili Ebit Lew, Ram Singh memohon mahkamah bagi mendapatkan perintah larangan terhadap media supaya tidak melaporkan kenyataan atau bukti yang sensitif sepanjang prosiding. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *