Pelajar Sabah Wakili Malaysia Panelis Forum Asia

KENINGAU : Nur Afiqa Amani, pelajar jurusan seni kulinari Kolej Vokasional Keningau, telah mewakili Malaysia sebagai salah satu panelis forum di China-Southeast Asia Symposium yang berlangsung di aplikasi Zoom pada 15 sehingga 16 Disember 2022.

Forum tersebut merupakan anjuran The UNESCO International Research and Training Centre for Rural Education dan para panelis jemputan simposium ini dipilih berdasarkan usaha mereka membangunkan komuniti mereka. Nur Afiqa merupakan satu-satunya panelis dari Malaysia.

Nur Afiqa Amani merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti advokasi melalui aktiviti meja bulat atapun “roundtable” berkenaan dengan isu-isu hak wanita, perubahan iklim dan kesihatan.

Dia juga telah menyertai program pertukaran pelajar dalam talian di bawah SEAMEO TED dalam topik pertanian dan pemprosesan makanan dari guru Kemboja.

Dia juga pernah mengikuti program pertukaran pelajar dengan sebuah sekolah di negara Korea Selatan dimana dia mempelajari amalan pengurusan bahan buangan.

Selain itu, dia juga telah memenangi beberapa anugerah di pertandingan festival seni melalui persembahan monolog dan drama radio.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa bangga dengan pencapaian pelajar ini kerana ianya merupakan pengiktirafan atas usaha pelajar ini mengalakkan pelajar-pelajar lain melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dalam talian yang boleh memperluaskan ilmu mereka dan memperkembangkan kemahiran advokasi mereka.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Pautan rakaman forum itu boleh diakses melalui pautan ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *