Video Budak Nangis Di Sisi Mayat Wanita, Polis Buru Suspek, Siasat Motif Bunuh

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin berkata, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa dan motif pembunuhan.

TAWAU : Polis sedang menyiasat dan giat mengesan suspek satu kes bunuh di Tawau susulan video tular memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi seorang wanita berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin mengesahkan kes bunuh itu berlaku di Kampung Icebox petang tadi, tetapi identiti mangsa dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu petang tadi dan sepasukan anggota berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Kes bunuh ini masih dalam siasatan dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, satu klip video 24 saat menunjukkan seorang kanak-kanak menangis di sebelah wanita yang terbaring berlumuran darah. Badan dan muka kanak-kanak itu turut terkena darah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *