Pemandu Maut, Pacuan Empat Roda Bertembung Lori Di Jalan Lahad Datu – Sandakan

Pemandu maut selepas kenderaan pacuan empat roda bertembung dengan lori di Jalan Lahad Datu – Sandakan

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bertembung dengan sebuah lori di Batu 16, Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, hari ini.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda dikenali sebagai Sharif Zul, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata penumpang pacuan empat roda, iaitu lelaki berusia 58 tahun dan pemandu lori lelaki berusia 54 tahun cedera.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 1.48 tengah hari.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dihantar ke tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda dan lori.

“Pemandu lori dan penumpang pacuan empat roda yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu pacuan empat roda dikeluarkan oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.20 petang,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *