Cuti Umum, DUN Sabah Tetap Bersidang Hari Ini

Sidang DUN Sabah tetap diteruskan esok walaupun cuti umum.

KOTA KINABALU : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan diteruskan hari ini untuk pembentangan bajet walaupun cuti umum diisytiharkan pada 28 Nov oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Speaker DUN, Kadzim Yahya, berkata keputusan meneruskan sidang dibuat susulan cadangan ketua dewan yang juga Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Kadzim Yahya.

Katanya, mengikut peraturan tetap DUN Sabah, ketua dewan boleh mengemukakan untuk menerus dan mengadakan sidang walaupun pada cuti am atau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman membentangkan bajet 2023 negeri itu pada Jumaat lalu.

Kata Kadzim, selain Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan, dua lagi RUU akan dibentang termasuk usul daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada mesyuarat kali ini.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DUN Sabah Ke-16 dijadual pada Isnin hingga Khamis ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *