Anwar PM Ke-10

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut kenyataan Istana Negara di sini, hari ini, lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual pada 5 petang ini di lstana Negara.

Al Sultan Abdullah turut menitahkan setiap Ahli Dewan Rakyat menghulur tangan antara satu sama lain bagi merapatkan semula saf demi masa depan negara tercinta.

Baginda turut mengingatkan Ahli Dewan Rakyat untuk mempamerkan solidariti, memberi keutamaan, komitmen tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *