PN Kemuka Lebih 112 Surat Akuan Berkanun

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) sudah mengemukakan lebih 112 Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Parlimen yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia untuk pengerusi parti itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *