Agong Perkenan Lanjut Masa Parti Gabungan Kemuka Calon PM Sehingga Esok

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenan permintaan parti politik dan gabungan parti politik untuk memohon lanjutan masa.

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenan supaya proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik
membentuk kerajaan baharu, termasuk mencalonkan nama perdana menteri dilanjutkan sehingga 2 petang, esok.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata titah perkenan Agong itu susulan daripada permohonan daripada ketua parti politik dan gabungan politik yang telah diterima pihak Istana Negara, hari ini.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal perdana menteri Malaysia ke-10 selesai,” katanya dalam kenyataan.

Fadil berkata, baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, berdasarkan prinsip digariskan bagi kerajaan sementara.

“Seri Paduka Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal perdana menteri Malaysia ke-10 ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.”

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *