Semporna Akan Kekal Kubu Kuat Warisan

SEMPORNA: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yakin kerusi Parlimen Semporna kekal milik Warisan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, kawasan ini antara kekuatan parti Warisan di seluruh negara maka, beliau akan berusaha sehingga hari pengundian esok untuk pertahankan kerusi Parlimen berkenaan.

“Kita kena bekerja keras sampai esok, kita tidak boleh dahului kehendak Alla SWT, kita kena merayu kepada pengundi untuk pastikan kemenangan itu kita dapat.

“Saya percaya, rakyat di sini akan mengundi Warisan,” katanya semasa program ramah mesra di Pulau Bum Bum hari ini.

Ditanya mengenai janji Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajij Noor untu membina Jambatan Pulau Bum Bum dilihat sebagai satu lagi janji politik.

“Dahulu, saya sudah masukkan projek jambatan ini semasa saya Ketua Menteri, tapi projek itu digugurkan.

“Kini, dia pula janjikan pembinaan jambatan. Jangan hanya berjanji semasa musim pilihan raya,” katanya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *