PRU15: Cuti Umum Pada 20 Dan 21 November Jika PN Menang – Muhyiddin

Kata Muhyiddin, inisiatif tambahan dalam manifesto mereka itu adalah bagi memudahkan orang ramai yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

KUALA LUMPUR: Cuti umum akan diberikan jika Perikatan Nasional (PN) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) 19 November ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif tambahan dalam manifesto mereka itu adalah bagi memudahkan orang ramai yang terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

“Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau di tempat lain daripada tempat tinggal mereka.

“Jadi saya nak umumkan, jika Perikatan Nasional menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan hari Isnin bagi negeri-negeri lain. Ini akan membolehkan pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin,” katanya pada majlis pengumuman manifesto PN di ibu negara, pada Ahad.

Bertemakan Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang, manifesto itu mengandungi 12 tunjang beserta 234 inisiatif yang membabitkan aspek ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan serta wanita untuk tempoh lima tahun akan datang. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *