BN Pertaruh 12 Calon Di Sabah

Penganalisis menjangkakan konvensyen kali ini membincangkan kekuatan BN termasuk soal kerjasama dengan parti atau gabungan lain.

KOTA KINABALU : Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 12 calon di Sabah, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan 13 calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil persetujuan bersama GRS juga, calon BN akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.

Dalam sidang media di kediamannya selepas selesai penamaan calon, beliau berharap calon BN akan mendapat sokongan pengundi, sekali gus menyumbang kepada pembentukan kerajaan persekutuan.

Katanya, BN meletakkan 178 calon bagi kerusi Parlimen pada PRU15, dengan 120 calon Umno dan selebihnya daripada parti komponen gabungan itu serta calon langsung.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Calon BN di Sabah termasuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), Yakub Khan (Sepanggar), Shahelmey Yahya (Putatan), Mohamad Alamin (Kimanis) dan Maizatul Akmam Alawi (Lahad Datu).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *