Mohamaddin Ketapi Tidak Pertahan Parlimen Lahad Datu

Datuk Mohamaddin Ketapi.

LAHAD DATU: Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, berkata mahu memberi tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat Segama.

“Saya akan fokus serta meneruskan tugas selaku ADUN Segama dengan memberi tumpuan kepada bantuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Segama.

“Rakyat tertekan akibat peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohamaddin menyatakan kesediaannya bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada PRU14, Mohamaddin memenangi kerusi Parlimen berkenaan atas tiket Parti Warisan dengan majoriti 6,401 undi mengatasi empat pencabar lain. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *