“Jom Balik Ngundi”, MAS Tawar Diskaun Tiket 20% Semua Penerbangan Domestik Sehingga 19 November

Bersempena Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU 15), syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun lumayan kepada penduduk Malaysia yang bakal pulang mengundi.

Sebelum ini Siakap Keli ada melaporkan mengenai pengumuman hari pengundian bagi PRU 15 pada 19 November 2022. Dalam artikel itu juga mengatakan seramai 21,173,638 pemilih berdaftar yang layak mengundi bagi seri PRU 15.

Sudah semestinya, kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman demi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang rakyat kepada negaranya.

Namun, tugas ini bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh daripada kawasan mengundi, misalnya tinggal di Semenanjung dan tempat mengundi pula di Sabah atau Sarawak. Perjalanan sejauh ini sudah tentunya menelan kos yang tinggi apabila perlu membeli tiket penerbangan dan sebagainya.

Atas rasa tanggungjawab bersama, syarikat penerbangan yang sudah tidak asing di negara kita, Malaysia Airlines (MAS) memberikan nafas lega dengan menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk semua kerusi melibatkan semua penerbangan domestik.

Difahamkan bahawa tempoh pembelian tiket untuk tawaran ini bermula sekarang sehingga 19 November 2022 bagi semua penerbangan domestik bermula 11 November 2022 sehingga 27 November 2022.

Tawaran ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia melakukan perjalanan udara bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi tanpa sebarang masalah.

Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi menerusi laman web berikut: bit.ly/3s8Blwy​​ . Tawaran ini juga memiliki beberepa terma dan syarat dan boleh dirujuk pada pautan laman web yang diberikan di atas.

Sumber: Malaysia Airlines via Facebook

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *