Jelajah Harga Barang Mampu Milik Kojasa Dapat Sambutan Warga Desa Di Kota Belud

Pengerusi QSB Salleh Said Keruak, yang juga ADUN Usukan, memastikan sendiri kelancaran Jelajah Kojasa, program cetusannya untuk meringankan beban rakyat.

KOTA BELUD : Jejalah Kojasa untuk meringankan beban rakyat yang tiba Kampung Kelawat di Kota Belud, Sabah mendapat sambutan mengalakkan daripada warga desa.

Program anjuran Kojasa Holdings Berhad (Kojasa) itu, yang merupakan anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad (QSB), menawarkan kepada pengguna barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Kojasa turut menjalin kerjasama dengan usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka menerusi Kojasa Mart – kedai runcit harga mampu milik yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi QSB Salleh Said Keruak, yang juga ADUN Usukan, turun padang bagi memastikan sendiri kelancaran Jelajah Kojasa yang merupakan cetusan ideanya.-ADVERTISEMENT-Ads by 

“Siri Jelajah Kojasa ini akan berterusan bagi membantu komuniti kampung dengan membeli barang keperluan dengan harga yang murah,” katanya di Facebook.

QSB ditubuhkan pada 1995 sebagai syarikat pelaburan kerajaan Sabah dengan matlamat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan memperkasa masyarakat menerusi perniagaan-perniagaannya.

Kojasa kembali menceburi perniagaan runcit atas platform digital untuk menjadikan ia kedai harga paling berpatutan di negeri itu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *