Kerusi GRS Milik PN? Takkan Terjadi, Kata Pemimpin UMNO Sabah

Ketua Umno Tuaran Abdul Rahman Dahlan yakin kerjasama GRS-BN akan kekal utuh kerana GRS mempunyai motivasi tinggi mahu bersama BN.

KOTA KINABALU : Kerusi dimenangi wakil Bersatu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadi milik Perikatan Nasional (PN), seperti dinyatakan Muhyiddin Yassin, tidak akan berlaku, tegas seorang pemimpin Umno Sabah.

Ketua Umno Tuaran Abdul Rahman Dahlan berkata, hal ini kerana sudah ada “deklarasi’ yang menyatakan GRS menjalinkan kerjasama strategik dengan BN dan perjanjian itu akan disahkan secara bertulis bagi mengelakkan kekeliruan selepas pilihan raya.

Tegasnya, BN konsisten akan menolak kerjasama itu jika terdapat keputusan menyebut kerusi GRS menjadi milik PN atau Bersatu seperti dinyatakan Muhyiddin.

“Saya nak beritahu kepada Muhyiddin dan rakan dalam Bersatu, itu (kerusi GRS menjadi milik PN) tidak akan terjadi,” katanya pada program Berani Benar di Facebook Hello Malaysia malam tadi.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.540.0_en.html#goog_1047933918Ads by 

Abdul Rahman, yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yakin kerjasama GRS-BN akan kekal utuh, walaupun Muhyiddin mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana GRS mempunyai motivasi tinggi mahu bersama BN.

“Di Sabah, yang bertanding ialah GRS, jadi ketua menteri (Hajiji Noor) yang akan keluarkan watikah (sebagai pengerusi GRS),” katanya.

“Saya yakin mereka bersama kita kerana GRS pragmatik, semua orang tahu BN akan kembali ke Putrajaya …jadi motivasi untuk (GRS) kerjasama dengan BN agak tinggi.”

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu mengakui ada ketua bahagian Umno kurang senang dengan kerjasama berkenaan kerana masih terluka dengan tindakan sebahagian besar pemimpin GRS yang meninggalkan parti selepas BN kalah pada PRU14.

Namun katanya, sentimen itu harus diketepikan kerana BN memasuki medan PRU15 dengan harapan menang besar bagi mewujudkan kerajaan stabil; salah satu caranya adalah dengan bersama GRS seperti yang berlaku di peringkat kerajaan negeri Sabah.

“Kalau tujuan itu dapat diperkuatkan dengan GRS buat masa ini, saya rasa tiada masalah,” katanya.

Pada 11 Okt, Muhyiddin dilaporkan berkata, calon Bersatu Sabah yang bertanding pada PRU15 akan menggunakan lambang GRS dan kemenangannya dikira sebagai kemenangan PN kerana ia sebahagian daripada komponen itu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *