Cikgu Lana Pemenang World Changer Award Atas Sumbangan Dalam Pendidikan Khas

KENINGAU : Cikgu Lana Abon, guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau, telah dipilih sebagai pemenang World Changer Award bagi bulan Oktober 2022 oleh Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) atas sumbangannya mendidik pelajar berkeperluan khas.

Pautan pengumuman guru ini sebagai penerima anugerah itu boleh diakses melalui: https://www.seniainternational.org/lana-abon-october-2022-senia-world-changer-award-recipient/

Cikgu Lana mengajar pelajar yang mengalami masalah pendengaran dan masalah pembelajaran di kolej terbabit.

Atas usahanya, dia telah berjaya melatih beberapa pelajar berkeperluan khas untuk menyertai pertandingan bahasa Inggeris paling berprestij di Asia iaitu Asian English Olympics pada tahun 2021.

Ketiga-tiga pelajar yang dibimbingnya itu telah bertanding dalam kategori penceritaan.

Dia juga kerap melaksanakan lawatan sambil belajar khusus untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas agar mereka berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik di negeri Sabah yang membolehkan mereka mendapatkan pengalaman dan pendedahan dengan dunia luar.

Menurut pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, guru-guru pendidikan khas di institut tersebut sangat berdedikasi untuk memberi pendidikan yang berkualiti dan peluang kepada para pelajar mereka agar dapat menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan.

Malah ramai pelajar berkeperluan khas kolej itu telah berjaya merangkul kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sukan, seni dan inovasi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *