Ewon Akan Wakili PH Di Penampang

Naib Presiden Upko, Ewon Benedick yakin mampu memecahkan dominasi Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking di Penampang.

KOTA KINABALU: Naib Presiden Upko, Ewon Benedick akan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Penampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan Ewon bakal mencabar Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking yang juga penyandang kerusi Parlimen Penampang selama dua penggal.

Ewon yang juga ADUN Kadamaian mengesahkan perkara itu dan yakin mampu memecahkan dominasi Leiking di Penampang.

“Saya bersedia, saya mahu menawarkan kepimpinan baharu kepada Penampang.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.539.0_en.html#goog_1245545459https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.539.0_en.html#goog_1245545461https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.539.0_en.html#goog_1245545463https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.539.0_en.html#goog_1245545465https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.539.0_en.html#goog_1245545467Ads by 

“Saya percaya kami ada peluang baik dan isu yang kuat untuk disampaikan kepada pengundi di Penampang,” katanya ketika dihubungi FMT.

Penampang adalah kubu kuat Upko, ketika bekas ketua menteri dan menteri di peringkat persekutuan, Bernard Dompok menerajui parti berkenaan.

Bagaimanapun, pada PRU13, Leiking yang ketika itu mewakili PKR, menewaskan Dompok di kawasan berkenaan dengan majoriti 10,216 undi.

Leiking terus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen itu pada PRU14 atas tiket Warisan dengan majoriti 23,473 undi.

Sementara itu, Ewon berkata, Upko diperuntukkan lima kerusi Parlimen oleh PH pada PRU15, termasuk Penampang.

Katanya, kerusi lain ialah Tuaran dengan penyandangnya yang juga Presiden Upko, Wilfred Madius Tangau dijangka mempertahankan kerusi itu, selain Beluran, Kimanis serta Libaran. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *