KFC Tawar Kembali Promosi RM20 Untuk 2 Hidangan

KUALA LUMPUR : KFC menawarkan Kombo Snack Plate untuk satu hari sahaja, pada 20 Oktober 2022 dengan harga hanya RM20 bagi dua set berkenaan.

Harga normal bagi hidangan berkenaan adalah RM16.99 satu set.

Menu itu merangkumi dua ketul ayam goreng original atau Hot & Spicy, kentang putar, coleslaw, roti butterscotch, dan minuman.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, promosi ini adalah salah satu bentuk terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kesetiaan dan sokongan kuat mereka.

“Terima kasih kepada pelanggan, kami berjaya mengharungi cabaran pandemik dan ingin menunjukkan penghargaan kami melalui promo ini.

“Kami kekal komited untuk memastikan harga berpatutan selaras dengan nilai dan kualiti tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelanggan berhak mendapat ayam goreng berkualiti tinggi untuk pengalaman sedap hingga menjilat jari.

Melalui polisi “Rasa Berkualiti Terjamin” pelanggan boleh menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan menerusi imbasan kod QR unik yang disediakan di restoran.

“Isi dan hantar borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian,” katanya.

Tawaran RM20 bagi dua Kombo Snack Plate boleh didapati di restoran KFC seluruh negara melalui makan-di-restoran, bawa pulang, dan pandu lalu, sementara stok masih ada.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *