PRU15: Shafie Juga Yakin Sabah, Sarawak Jadi ‘King Maker’

Shafie berucap merasmikan program jelajah Warisan di Dewan Matunggong, di Kota Marudu, pada Khamis.

KOTA MARUDU: Presiden Warisan Shafie Apdal bersetuju dengan kenyataan Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) bahawa Sabah dan Sarawak akan menjadi ‘king maker’ bagi pembentukan kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya, dua negeri itu mempunyai jumlah kerusi mencukupi iaitu 25 di Sabah dan 31 di Sarawak, seterusnya mampu menjadi penentu bagi pembentukan kerajaan baharu nanti.

“Jadi, sudah tiba masanya untuk kita mengubah landskap politik negara pada pilihan raya kali ini. Apabila kedua-dua negeri bijak bertindak, maka Sabah dan Sarawak tidak lagi boleh dikawal oleh parti dari Kuala Lumpur.

“Ini bukan tentang kepentingan Sabah sahaja tapi untuk negara. Kita mahu sistem pentadbiran yang cukup stabil,” katanya kepada media selepas perasmian program jelajah Warisan di Dewan Matunggong, hari ini.-ADVERTISEMENT-Ads by 

Semalam, Presiden SUPP, Sim Kui Hian berkata, Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu siapa yang akan membentuk kerajaan baharu di peringkat pusat pada PRU15 susulan keadaan politik di Semenanjung yang huru-hara pada masa ini.

Kui Hian berkata, Sarawak mempunyai 31 Ahli Parlimen, jadi sesiapa yang ingin membentuk kerajaan memerlukan Sarawak serta Sabah.

Terdahulu, Shafie sekali lagi menegaskan parti itu akan bergerak solo pada PRU15 nanti, melainkan Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu bekerjasama dengan mereka.

“Seperti saya katakan sebelum ini, hanya PBS, untuk kerusi KDM (Kadazan, Dusun dan Murut).

“Tapi dengan keadaan sekarang sudah bubar (Parlimen), kemungkinan besar kita akan bertanding di kesemua 25 kerusi di Sabah,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *