Pelajar KV Keningau Bentang Inovasi Makanan Di Persidangan Dalam Talian New York

KENINGAU : Sepasukan pelajar dari program bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek tahun akhir mereka di International New York Conference on Evolving Trends in Interdisciplinary Research & Practices yang berlansung secara dalam talian dari 1 sehingga 3 Oktober 2022.

Persidangan tersebut telah dihadiri oleh delegari dari 21 negara. Rakaman pembentangan mereka boleh diakses melalui pautan ini: https://youtu.be/XC4VHE94s2Q

Pasukan ini terdiri daripada Ben Dame Alfred, Nurfatin Farhana Wee, Evy Edith Jubileh, Syaidatul Nur Azyyati dan Azry Eizrol Khairol.

Pasukan ini telah berjaya membentang produk makanan iaitu roti yang berintikan sambal belimbing buluh.

Buah belimbing dipilih sebagai bahan utama penghasilan sambal bagi roti ini kerana buah ini tumbuh dengan suburnya di kawasan pedalaman Sabah namun ianya sangat jarang dimakan sebagai buah ataupun dijadikan bahan pembuatan makanan.

Salah satu utama tujuan projek ini adalah untuk memperkenalkan sambal belimbing buluh sebagai perasa baru dikalangan komuniti setempat dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan dengan potensi buah tersebut untuk dijadikan sebagai sumber makanan mahupun pendapatan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet, berasa bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar ini kerana mereka berani mempertengahkan idea sebegini di persada antarabangsa.

Ini mampu melatih kemahiran mereka untuk berkomunikasi dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *