BAJET 2023 : Bantuan Keluarga Malaysia RM2,500 Untuk B40 Sara Lebih Lima Anak

KUALA LUMPUR : Bermula tahun hadapan isi rumah berpendapatan RM2,500 atau kurang atau menanggung lima anak layak menerima bantuan RM2,500.

Ia bantuan tunai langsung di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) disediakan kerajaan dalam Bajet 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan bajet itu berkata, ia kategori baru sebagai usaha kerajaan meringkakan beban rakyat yang menyara ramai anak

“Bagi isi rumah menanggung sehingga empat anak layat menerima antara RM1,000 hingga RM2,000.

“Kepada isi rumah berpendapatan RM2500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan anak,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 ringgit, bergantung kepada had pendapatan tertentu.

“Tahun 2023, bantuan tambahan RM500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan.

“Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000 ringgit. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding RM2,500 ringgit tahun ini,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *