Pelajar Bakeri & Pastri KV Keningau Terpilih Untuk Pertandingan Video Pendek Dengan Tutorial Membuat Roti

KENINGAU : Sekumpulan pelajar dari jurusan bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau telah terpilih untuk pertandingan video pendek dalam kategori latihan/pendidikan melalui penyertaan mereka yang merupakan video tutorial berkenaan dengan cara membuat roti Vienna, baguette dan pizza.

Pertandingan tersebut yang dikenali sebagai Best Shorts Competition yang berlangsung pada 20 September 2022 berpusat di California, Amerika Syarikat, hanya memilih video yang berkualiti sahaja untuk dinilai.

Pasukan ini yang terdiri daripada Nurul Naziehah Jasnie, Adrianah Matali dan Markjoell Marcel telah menghasilkan video tutorial berdurasi hampir 17 minit dimana mereka menunjukkan dengan jelas bahan dan prosedur membuat tiga jenis roti berbeza.

Nurul Naziehah membuat tutorial ringkas bagaimana membuat roti baguette manakala MarkJoell Marcel mendemonstrasikan langkah-langkah menghasilkan roti Vienna. Ahli ketiga pasukan itu, Adrianah Matali, menunjukkan proses asas pembuatan pizza.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa gembira dengan usaha pelajar ini yang menggunakan kemahiran vokasional yang mereka pelajari untuk menghasilkan video yang berunsurkan pendidikan.

Dia berkata bahawa ini sesuai dengan trend masa kini dimana penciptaan kandungan ataupun “content creation” merupakan satu bidang yang makin diceburi ramai dan ianya boleh dimanfaat dengan sebaik mungkin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Video pasukan pelajar ini boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *