Lelaki Hilang Dipercayai Dibaham Buaya Di Semporna

Gambar Hiasan

SEMPORNA : Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna Faizal Ahmad berkata, mangsa Azman Tugau dilaporkan diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.

Faizal berkata, berdasarkan maklumat awal diperoleh, mangsa berusia 34 tahun memancing di pinggir sungai bersama sepupunya tanpa menggunakan bot.

“Tiba-tiba mangsa dibaham buaya dan sepupunya berjaya melarikan diri, kemudian melaporkan kejadian kepada polis ,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 8.35 malam ini, dan akan disambung semula pada 7 pagi esok. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *