Cikgu Avyasvina Terima Anugerah World Changer Atas Sumbangannya Dalam Pendidikan Khas

KENINGAU :Avyasvina Istiniza Anak Unong, guru pendidikan khas Kolej Vokasional Keningau, telah terpilih sebagai penerima World Changer Award untuk bulan Ogos 2022 dari Special Education Network & Inclusion Association (SENIA) yang berpusat di Kanada atas sumbangannya dalam pendidikan khas.

Pautan berkenaan dengan pengumumannya sebagai pemenang anugerah tersebut bolehlah diakses melalui: https://www.seniainternational.org/avyasvina-istiniza-anak-unong-august-2022-world-changer-award-recipient/

Cikgu Avyasvina memainkan peranan utama dalam melatih para pelajar berkeperluan khas di kolej tersebut untuk menyertai pertandingan seni secara jarak jauh.

Dia telah berjaya melatih beberapa pelajar yang mempunyai masalah pendengaran untuk membuat persembahan puisi dan bahasa melalui bahasa isyarat.

Ramai pelajar mereka telah memenangi pingat dan hadiah di festival seni dalam talian. Malah beberapa pelajar mereka telah dijemput untuk membuat persembahan di konvensyen dan festival sastera kebangsaan.

Selain daripada itu, Cikgu Avyasvina telah membantu pelajar -pelajar berkeperluan khas mereka menjadi pelakon suara bagi cerita animasi yang dihasilkan oleh kolej terbabit dan pelajar mereka pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan cerita animasi peringkat kebangsaan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berharap pencapaian guru ini akan terus membakar semangat guru-guru pendidikan khas kolej itu untuk terus memberikan yang terbaik bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *