Video Muzik Pelajar Sabah Raih Hadiah Pertama Di Festival Seni Perancis

KENINGAU : Levanna Jesty Resty, pelajar bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau, telah dianugerahkan hadiah pertama di festival seni Art Marathon in France pada 5 Ogos 2022 dalam kategori video muzik.

Levanna merakam video tersebut di beberapa tempat menarik di Keningau yang indah dan nyaman dengan suasana alam sekitar yang masih terpelihara.

Dia memilih lagu nyanyian asal Christina Aguilera itu kerana ianya sangat relevan dengan fasa umur yang dialaminya sebagai seorang remaja yang perlu membuat banyak keputusan untuk masa hadapan.

Dia juga menggunakan cermin yang menunjukan imbasan wajahnya dalam video muzik itu sebagai simbol refleksi kendiri yang dia lalui.

Pengarah kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada Levanna atas kreativitinya menghasilkan video muzik dan seterusnya memenangi anugerah yang membanggakan kolej itu.

Dia berpendapat bahawa penting untuk para pelajar diberi bimbingan untuk mengasah bakat mereka dalam bidang seni kerana ianya meningkatkan keyakinan mereka terhadap kebolehan masing-masing.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Muzik video yang dihasilkan oleh Levanna Jesty dengan menyanyikan lagu bertajuk “Reflection” itu boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *