(VIDEO) Tiga Beranak Maut Kemalangan Di Jalan Lintas

Keadaaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lintas-Lido malam tadi.

KOTA KINABALU : Tiga beranak maut, manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri dan merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Keadaaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lintas-Lido malam tadi.

Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pacuan empat roda dipercayai terbabas dan melanggar tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemas kini,” katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HMetro

Keadaaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lintas-Lido malam tadi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *