Kad Warga Asing Hanya Dikeluarkan Selepas Dipersetujui Kerajaan Sabah, Kata Jeffrey

Jeffrey Kitingan berkata, Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang diberi kuasa untuk membuat keputusan berkenaan siapa yang layak untuk menerima kad berkenaan.

KOTA KINABALU: Pemberian kad pengenalan kepada warga asing hanya akan dikeluarkan kerajaan persekutuan selepas ia dipersetujui kerajaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata, kerajaan Sabah akan menubuhkan satu unit menerusi Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang diberi kuasa untuk membuat keputusan berkenaan siapa yang layak untuk menerima kad berkenaan.

Katanya, langkah berkenaan bagi memastikan terdapat semak dan imbang antara kedua-dua kerajaan negeri dan pusat berhubung pengeluaran kad kepada warga asing yang akan dilaksanakan selepas pendigitalan pendatang asing tanpa izin (Pati) selesai dijalankan.

“Pendigitalan Pati ini sedang berjalan dan ianya telah pun dibentang di dalam kabinet serta dipersetujui.

Katanya, langkah berkenaan bagi memastikan terdapat semak dan imbang antara kedua-dua kerajaan negeri dan pusat berhubung pengeluaran kad kepada warga asing yang akan dilaksanakan selepas pendigitalan pendatang asing tanpa izin (Pati) selesai dijalankan.

“Pendigitalan Pati ini sedang berjalan dan ianya telah pun dibentang di dalam kabinet serta dipersetujui.-ADVERTISEMENT-Ads by 

“Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan kerajaan pusat dan mereka (kerajaan pusat) bersedia untuk menurunkan kuasa bagi tujuan pendaftaran kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Ternakan, Akuakultur dan Pertanian Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Sementara itu, Jeffrey yang juga menteri pertanian dan perikanan enggan mengulas lanjut berhubung nama kad yang akan dikeluarkan kepada warga asing di negeri itu.

“Belum ada (nama kad), terdapat banyak perkara yang kita dengar (berhubung kad kepada warga asing), kita tidak akan bercakap mengenai kad ini sehinggalah kajian atau pendaftaran dan pendigitalan selesai,” katanya.

Jun lalu, kerajaan negeri mengumumkan meneruskan rancangan mengeluarkan pengenalan digital kepada warga asing yang berada di negeri ini.

Jeffrey berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat persetujuan pelbagai pihak dalam satu sesi townhall.

Peserta yang hadir dalam sesi townhall itu termasuk pemimpin politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pemimpin masyarakat. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *