(VIDEO ) Tular Serpihan Roket China Seperti Meteor Di Langit Sarawak Awal Pagi Tadi

SARAWAK : Penduduk Sarawak dikejutkan dengan kelibat beberapa serpihan roket China yang ‘turun’ ke Bumi melalui ruang udara negeri itu kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi, memetik kenyataan Info Sibu. 

Menurut Info Sibu, siaran Youtube The Launch Pad turut melaporkan perkara tersebut secara ‘live’ dan meminta agar penduduk Sarawak yang terjumpa dengan sisa itu untuk menjauhinya demi kesihatan kerana dipercayai terdapat sisa radioaktif.

Menurut Info Sibu lagi, terdapat goresan panjang ‘muncul’ di udara dipercayai sisa wap air yang terbentuk daripada haba panas sisa serpihan tersebut atau dipercayai ia berkecai di situ.

Maklum laporan itu, goresan daripada serpihan roket China berkenaan muncul kira-kira sejam selepas penduduk sekitar Sarawak dilapor terdengar bunyi letupan kuat di udara.

“Letupan yang kuat didengari ialah apabila jasad logam terbakar itu menembusi atmosfera basah yang tumpat.

“..dan sisa dipercayai mungkin jatuh di jalur wilayah di antara Bekenu, Miri, Brunei, Limbang, Lawas, Beaufort dan bahagian selatan Pantai Barat Sabah,” memetik Info Sibu.

Sementara itu, tular di media sosial rakaman-rakaman memaparkan kemunculan serpihan roket tersebut yang melalui ruang udara Sarawak, dipercayai menjunam ke arah bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *