Wanita Hilang Disambar Buaya Ketika Memancing

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian.

KINABATANGAN : Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan.

Dalam kejadian 3.40 petang tadi, mangsa Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing sungai sebelum tiba-tiba disambar reptilia itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.42 petang.

Katanya, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sebelum kejadian, mangsa memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan. Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang.

“Tiba-tiba mangsa dilaporkan disambar (buaya) dan hilang,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, SAR dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *