3 Melecur, Kapal Terbakar

Sebuah kapal pengangkut petrol terbakar dan antara mangsa yang melecur.

PAITAN : Tiga individu melecur selepas sebuah kapal pengangkut minyak berisi petrol terbakar dalam satu kejadian di Jeti Paitan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.10 itu, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.

Difahamkan, kapal berkenaan tiba-tiba terbakar sebelum kru kapal segera menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai.

Bagaimanapun tiga individu dilaporkan melecur tetapi setakat ini maklumat mangsa melecur belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang lalu menghantar tiga anggota ke dengan sebuah jentera.

Menurutnya, lokasi berkenaan sejauh 173 kilometer dari BBP Beluran.

“Setakat jam 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi berkenaan disebabkan keadaan cuaca dan keadaan jalan raya yang tidak baik.

“Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *