Anda Pernah Gesa Kerajaan Henti Bayar Waris Sulu, Najib Ingatkan Dr M

Dr Mahathir Mohamad menyalahkan kerajaan pimpinan Najib Razak berkaitan tuntutan waris Sulu kepada Malaysia bernilai lebih RM6 bilion, selepas pembayaran dihentikan pada 2013.

KUALA LUMPUR : Najib Razak mengingatkan Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau pernah menggesa kerajaan menghentikan bayaran kepada waris Sultan Sulu susulan pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Najib berkongsi keratan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Henti bayar kerana langgar syarat, Dr Mahathir” pada 13 Mac 2013.

Ahli Parlimen Pekan itu berbuat demikian selepas pengerusi Pejuang itu menyalahkan kerajaan pimpinan Najib berkaitan tuntutan waris Sulu kepada Malaysia bernilai lebih RM6 bilion, selepas pembayaran dihentikan pada 2013.

“Kelmarin Tun M salahkan saya sebab kerajaan BN dahulu henti bayar kepada wakil Sulu setelah tragedi pencerobohan Sulu pada 2013.-ADVERTISEMENT-https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.522.0_en.html#goog_1257340084https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.522.0_en.html#goog_1257340086https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.522.0_en.html#goog_1257340088https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.522.0_en.html#goog_1257340090https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.522.0_en.html#goog_1257340092Ads by 

“Kini saya muat naik artikel surat khabar 2013 yang disimpan Perdana Leadership Foundation (dijaga Tun M) untuk menunjukkan siapa yang suruh kita henti bayar. Kamu kenal siapa dia tak, Tun?

“Tak ada pula dia salahkan surat bodoh Tommy Thomas. Adakah ini bermaksud ianya Tun M yang luluskan surat Tommy ataupun dia setuju dengan surat berkenaan?” tanya Najib.

Menurut keratan akhbar itu, Mahathir dilaporkan berkata, bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa waris Kesultanan Sulu perlu dihentikan kerana mereka melanggar syarat dengan menceroboh Lahad Datu.

“Syaratnya ialah tidak kacau kita, tetapi sekarang mereka kacau. Mereka bertindak ganas, tak cukup bunuh orang, dia cincang dan pecah kepala. Apa jenis manusia ini yang kata Islam,” kata Mahathir dalam laporan itu.

Terdahulu, Mahathir dalam temubual mendakwa keputusan yang dibuat Najib untuk mungkir janji membayar RM5,300 setahun kepada waris kesultanan Sulu sejak 2013 merupakan faktor Malaysia terdedah kepada ancaman kedaulatan negara.

Beliau berkata, Najib kemudian gagal mengemukakan bukti kukuh pencerobohan itu terdiri daripada waris kesultanan Sulu. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *