Tawau Menjadi Destinasi Pertama Himpunan Gelombang Biru PRU15

TAWAU: Daerah Tawau bakal menjadi destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru bagi meneruskan momentum Konvensyen Barisan Nasional Sabah yang berlangsung di ITCC, kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Adun Tanjung Batu, YB Andi Muhammad Suryady bin Bandy dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Tawau akan menjadi destinasi pertama Himpunan Gelombang Biru sebagai satu isyarat kepada rakyat, bahawa BN bersedia menggalas tanggungjawab mentadbir negara secara mutlak setelah lebih 4 tahun masa disia-siakan melayani fitnah dan janji kosong” katanya. 

Membawa tema Kemakmuran dan Kestabilan, Konvensyen BN Sabah dilihat sebagai satu platform yang berjaya meniup semangat ahli UMNO semalam yang turut menyaksikan lebih 5,000 ahli dan pemimpin menghadiri perhimpunan tersebut.

“Tawaran BN ini sudah semestinya demi kestabilan dan kemakmuran Malaysia” Tambahnya. 

Himpunan Gelombang Biru yang akan diadakan di setiap zon seluruh Sabah menggambarkan BN Sabah sedang menyiapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *