Aidiladha Disambut 10 Julai

Sambutan Aidiladha jatuh pada Ahad, 10 Julai , menurut pengumuman oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

PUTRAJAYA : Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada hari Ahad, 10 Julai.

Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *