Lukisan Pelajar Sabah Diterbitkan Di Majalah Tahunan United Kingdom

Nur Rasya Aleeya Omarpudin, pelajar bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya menerbitkan lukisannya yang bertajuk “Inner Peace” di majalah sastera British “Margate Bookie” yang dikeluarkan secara tahunan

. Edisi 2022 majalah tersebut menerbitkan 50 hasil karya dari seluruh dunia dan lukisan pelajar ini merupakan salah satu hasil karya yang terpilih.

Nur Rasya mendapat ilham menghasilkan lukisan ini sebagai satu expresi pencarian ketenangan diri bagi mereka yang mengalami tekanan emosi.

Dia mendedikasikan lukisan itu kepada ibunya yang dianggapnya sebagai seorang yang tabah menghadapi cabaran hidup.

Selain lukisannya, terdapat dua lagi hasil karya iaitu puisi dan esei pelajar Kolej Vokasional Keningau yang turut terpilih untuk diterbitkan di majalah ini.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa bangga dengan pencapaian pelajar pelajar ini kerana mereka berjaya menerbitkan hasil karya mereka di majalah antarabangsa yang mempunyai reputasi yang tinggi.

Dia yakin bahawa ini adalah bukti betapa pentingnya bakat pelajar dalam apa jua bidang perlu diasah dengan baik.

Majalah tersebut boleh dimuatturunkan di pautan berikut: https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/#

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *