Pelajar Sabah Bentang Di Persidangan Maya Secara PechaKucha

KENINGAU : Ashraf Daniel Anuar, pelajar bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek pendidikan di persidangan dalam talian ASES International Social Sciences Congress, Turki, pada 27 Mei 2022.

Pelajar ini membuat pembentangan berformatkan PechaKucha iaitu satu stail pembentangan berasal dari Jepun yang melibatkan pembentangan 20 slaid sahaja dimana hanya 20 saat diperuntukkan untuk setiap slaid.

Pelajar ini membentang konsep pembelajaran berasaskan sosioemosi Bahasa Inggeris dimana pelajar digalakkan untuk mencipta kandungan seperti penyampaian berita, forum dan temubual dan menerbitkan kandungan ini di platform digital seperti YouTube dan blog.

Ini membolehkan pelajar-pelajar ini memperkembangkan kemahiran mengenalpasti emosi mereka sendiri dan memahami bagaimana emosi mereka mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka agar mereka mampu menanganinya dengan baik.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini kerana mewakili kolej tersebut untuk membentang projek yang dapat menambahbaik pendekatan pengajaran dan pembelajaran di institut tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan ini boleh diakses melalui pautan YouTube berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *