Warga Emas Ditemukan Selamat Selepas 11 Jam Hilang

Warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Ulu Sipitang, ditemukan selamat pagi tadi. Foto JBPM

SIPITANG: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kebunnya di Kampung Ulu Sipitang, di sini, semalam ditemukan dalam keadaan selamat, hari ini.

Mangsa berusia 81 tahun itu ditemui sekitar 6.30 pagi di kawasan Jalan Katipoh, kira-kira tiga kilometer dari kebunnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 malam sebelum sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Mengikut laporan awal, warga emas terbabit dipercayai hilang selepas keluar membersihkan kawasan kebun miliknya.

“Pasukan bomba melakukan pencarian dalam radius satu kilometer sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang dan operasi ditangguhkan pada 10.30 malam tadi sebelum disambung semula pagi ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi disambung semula hari ini membabitkan keluasan radius tiga kilometer sebelum ditemui di lokasi berkenaan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada keluarganya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *