Pelajar ‘Samseng’ Bergaduh Beramai-Ramai, Polis Sandakan Buka Kertas Siasatan

Tangkap layar rakaman video menyaksikan sekumpulan pelajar menengah bergaduh di Sandakan, tular di media sosial, hari ini.

SANDAKAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan beramai-ramai membabitkan pelajar sekolah yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek, berkata siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku di Jalan Elopura, dekat sini.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan serta mereka yang terlibat.

“Pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Micheal Goh di nombor 016-8741216 atau 089-203223.

Kejadian yang tular di media sosial sejak 2 petang tadi, menyaksikan sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri.

Bagaimanapun sehingga kini, belum dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan sebarang kecederaan atau tangkapan oleh pihak polis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *