Pelajar Bakeri & Pastri KV Keningau Bentang Produk Makanan Di Persidangan Turki

KENINGAU : Dua orang pelajar program bakeri dan pastri Kolej Vokasional Keningau, Jossie Jane Ales dan Leonora Linus Alliun, telah membentang projek tahun akhir mereka di persidangan International European Conference on Social Sciences yang berlansung secara dalam talian dari 22 sehingga 24 April 2022. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh delegari dari 20 lebih negara.

Pasukan ini telah mencipta produk makanan iaitu roti yang berintikan sambal belimbing buluh.

Mereka mengambil keputusan untuk menghasilkan sambal dari buah belimbing buluh kerana buah ini tumbuh dengan suburnya di kawasan pedalaman Sabah namun ianya sangat jarang dimakan sebagai buah ataupun dijadikan bahan pembuatan makanan.

Mereka berharap roti berintikan sambal belimbing buluh ini mampu memperkenalkan perasa baru dikalangan komuniti setempat dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan dengan potensi buah tersebut untuk dijadikan sebagai sumber makanan mahupun pendapatan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet, berasa bangga dengan pencapaian pelajar ini kerana usaha mereka untuk mencari idea baru yang boleh membantu mereka meneroka industri makanan dan minuman negeri dan mencipta peluang ekonomi yang baru.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan mereka boleh diakses melalui pautan ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *