Lelaki Maut, Kenderaan Dipandu Bertembung Lori 10 Tan

Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Kampung Simpudu Papar.  – Foto BOMBa

PAPAR: Seorang lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dan kenderaan lain di Jalan Kampung Simpudu, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Stetnius Munsin, 30, yang tersepit akibat rempuhan yang berlaku disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah, Roslie Jun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.16 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat seorang mangsa tersepit dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan jenis Mitsubishi Triton dan sebuah lori 10 tan. Mangsa yang tersepit berada dalam salah sebuah Mitsubishi Triton tersebut,” katanya.

Pasukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.28 pagi. – Utusan

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *