Gempa Bumi Berlaku Di Kundasang Sebentar Tadi

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Kundasang pada 9:28 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1° Utara dan 116.6° darjah timur di Kundasang.

“Gempa bumi itu dikesan 14 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah setakat ini tidak menerima apa-apa laporan kejadian tidak diingini akibat gempa bumi lemah itu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *