KENINGAU : Pasukan Kolej Vokasional Keningau telah dianugerahkan hadiah pertama di festival seni Perancis yang berlangsung secara jarak jauh pada 5 April 2022 dalam kategori pantomim.
Pantomim adalah persembahan teater yang berasaskan ekspresi wajah, pergerakan dan bahasa isyarat tanpa sebarang pertuturan lisan.
Pasukan ini terdiri dari enam orang pelajar iaitu Oliver Owenclay, Firdaus Kasiman, Rino Marcellus, Jaidi Justin, Arthur Valentine dan Iqmal Ryan Jusinin.
Persembahan pantomim mereka yang bertajuk “Last Man Standing” (lelaki terakhir berdiri) mengisahkan senario pendek berkenaan dengan perlawanan gusti.
Perlawanan gusti tersebut yang telahpun diumumkan pemenangnya telah bertukar menjadi huru-hara apabila munculnya pencabar secara tiba-tiba dari khayalak penonton.
Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa bangga dengan usaha pelajar ini yang berjaya meneroka genre baharu dalam seni persembahan iaitu pantomim yang kurang popular berbanding genre lain seperti muzikal dan pementasan teater.
Dia berharap agar pelajar-pelajar di kolej itu terus aktif dalam aktiviti seni kerana ianya mampu membantu memelihara warisan budaya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost
Rakaman persembahan tersebut boleh ditonton melalui pautan berikut: