SEMAKAN status permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka kepada orang ramai mulai malam ini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya cara untuk menyemak permohonan ini kan? Jadi, SK ingin kongsikan ‘step by step’ semakan status permohonan Pengeluaran Khas.
Cara-cara semakan status permohonan Pengeluaran Khas
Pertama, anda perlu klik pada pautan Semakan Pengeluaran Khas DISINI.
Seterusnya klik pada ‘semakan status permohonan’.
Kemudian, anda harus memasukkan nombor Mykad dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan di KWSP
Bila sudah siap, klik semak status dan ia akan keluar status permohonan anda sama ada diterima atau sebaliknya.
Seperti yang sedia maklum, bayaran bagi pengeluaran khas ini akan dibuat bermula 20 April 2022 dan akan dibuat dalam satu bayaran sahaja. Ia akan dikredit terus ke dalam akaun bank ahli.
Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
Selepas membuat permohonan, anda tidak boleh membatalkannya dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000 dan minimum adalah RM50. Kelayakan pengeluaran itu adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Jika ada sebarang kekeliruan dan persoalan, anda boleh merujuk Soalan Lazim yang telah disediakan di dalam portal Pengeluaran Khas itu.
Tarikh akhir permohonan pengeluaran khas ini adalah pada 30 April 2022.
Sumber: KWSP
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost