Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Tersedia Untuk Tempahan Bermula 9-17 April

KUALA LUMPUR : Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia melancarkan promosi Tempat Duduk Percuma, yang menawarkan tempat duduk percuma bagi kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa menerusi airasia Super App.

Tempat duduk itu tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 bagi perjalanan dari 12 Sept 2022 hingga 25 Mac 2023.

Destinasi domestik termasuk Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Sibu, manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Ho Chi Minh City dan Siem Reap, kata syaraikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, tambang termasuk semua untuk promosi itu ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.

“Tekan pada ikon ‘Flights’ di airasia Super App untuk merancang percutian anda. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran,” kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Komersial Mai Yin Tan berkata berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April, serta sempadan negara jiran di rantau ASEAN, terdapat peningkatan mendadak dalam permintaan penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform AirAsia.

“Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *