Pengguna WhatsApp Tidak Akan Lagi Boleh Berkongsi Mesej Ke Pelbagai Grup Lain

SELAIN menghantar mesej melalui WhatsApp,  ia juga merupakan platfom perkongsian info semasa yang amat digemari pengguna.

Malangnya ia juga menjadi platfom dalam penyeberan berita-berita palsu.

Jadi bagi mengatasi masalah ini, WhatsApp kini dilaporkan sedang menguji ciri menghadkan perkongsian mesej yang dihantar menerusi platfom itu.

Berdasarkan kepada laporan WABetainfo, WhatsApp akan menghadkan ciri memajukan mesej di mana pengguna hanya dibenarkan memajukan mesej ke 1 grup lain sahaja diplatfom itu untuk pengguna Android dan iOS.

Ciri limitasi memajukan mesej ini dijangka akan mula diaplikasikan menerusi kemas kini akan datang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya.

Penyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Sumber: WABetaInfo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *