Pengeluaran Khas KWSP : Boleh Mula Semak Mulai 9 April Di Pautan Ini

TARIKH semakan status permohonan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP )boleh mula disemak pada 9 April 2022 ini.

Semakan boleh di buat secara atas talian melalui portal Pengeluaran Khas. 

Untuk pengetahuan anda, setiap permohonan Pengeluaran Khas KWSP hanya boleh dibuat melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my sahaja

Anda tidak perlu untuk mengakses i-Akaun, mengunjungi mana-mana kios KWSP atau cawangan KWSP berhampiran.

Hanya tiga golongan ini saja yang layak

Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebelum ini,  golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.

Selain itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.

Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.

Selain itu, tahukah anda bahawa pengeluaran simpanan KWSP melalui Pengeluaran Khas ini perlu diganti semula? Apa yang dimaksudkan dengan diganti semula? Adakah pencarum perlu ‘membayar’ kembali duit yang dikeluarkan?

Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Menurut KWSP, ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%. Berikut ilustrasi amaun penggantian semula yang dikeluarkan oleh KWSP.

Seperti penjelasan daripada KWSP, caruman baharu yang diterima selepas ini akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Ringkasnya, pencarum sebenarnya hanya ‘membayar’ semula pengeluaran khas ini melalui caruman bulanan yang dibuat selepas ini. Caruman-caruman akan datang akan dimasukan kesemua ke Akaun 1 sehingga amaun RM 12,000 dicapai, barulah pembahagian seperti sebelumnya diantara Akaun 1 dan Akaun 2 dibuat semula.

Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook KWSP pada 29 Mac lalu, pembayaran Pengeluaran Khas secara ‘single payment’ akan dibuat mulai 20 April 2022.

Selain itu, orang ramai perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran dan kaedah bayaran untuk melancarkan urusan pemohon.

Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum pula adalah sebanyak RM10,000 dan ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.

Walau bagaimanapun, anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun satu selepas membuat permohonan pengeluaran.

Sumber: KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *