Cikgu Vienny Balakrishnan Bentang Penyelidikan PDPR Di Persidangan Maya Azerbaijan

KENINGAU : Cik Vienny Balakrishnan, guru kosmetologi Kolej Vokasional Keningau, telah mewakili sekolah tersebut membentang penyelidikan berkenaan dengan maklumbalas guru dan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) di persidangan dalam talian di Azerbaijan pada 27 Mac 2022.

Cikgu Vienny membentang hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh unit kajian dan inovasi kolej tersebut pada tahun 2021 semasa PDPR dilaksanakan untuk beberapa bulan.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor penurunan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran semasa PDPR dan mencari cara untuk menarik minat mereka agar terus bermotivasi untuk menghadiri kelas dalam talian serta menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

Antara hasil perbincangan yang wajar diberi penekanan adalah keseimbangan antara pembelajaran sinkronus dan asinkronus serta tahap kesihatan sosioemosi pelajar dan guru yang perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada cikgu Vienny kerana telah membentang projek tersebut dengan baik dan dia berharap hasil dapatan ini akan dapat meningkatkan pendekatan kolej itu dalam membimbing para pelajar sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakamanan pembentangannya boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *