KOTA KINABALU: Enam daerah di Sabah mencatat sifar kes baharu COVID-19, semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata daerah terbabit ialah Kalabakan, Tongod, Nabawan, Kunak, Telupid dan Semporna.
Katanya, 15 daerah pula merekodkan satu digit jangkitan baharu, iaitu Putatan membabitkan sembilan kes; Kuala Penyu dan Kudat (masing-masing tujuh); Keningau, Kota Marudu, Ranau dan Beluran (masing-masing enam); Tenom (lima); Kinabatangan (empat); Sipitang dan Pitas (masing-masing tiga); Beaufort, Kota Belud dan Tambunan (masing-masing dua) serta Lahad Datu (satu).
“Enam lagi daerah merekodkan angka harian dua digit, iaitu Kota Kinabalu (97); Papar (21); Tuaran (17); Tawau (16); Penampang (13); dan Sandakan (12).
“Risiko jangkitan secara sporadik kekal tinggi pada kadar 59.59 peratus. Walaupun jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah semakin terkawal, amatlah disarankan agar rakyat terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Masidi berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di Sabah kini mencecah 366,437 kes.
Seterusnya, beliau berkata, hanya satu kematian baharu akibat COVID-19 direkod membabitkan Sandakan, semalam, manakala 851 pesakit sembuh.
“Seramai 415 pesakit pula sedang menerima rawatan, iaitu 357 di hospital, 57 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Awam serta seorang di fasiliti swasta,” katanya. – BH Online
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost