Kanak-Kanak Tular Tunjuk Jari Tengah Mohon Maaf

JAKARTA: Media sosial sebelum ini dikecohkan dengan video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menunjukkan jari tengah ketika dia membonceng motosikal bersama seorang wanita.

Dalam video tersebut, wajah bersahaja kanak-kanak lelaki itu menarik perhatian pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai ‘muka tiada perasaan’.

Video tersebut menjadi tular di seluruh dunia sehingga mendapat perhatian pempengaruh media sosial antarabangsa seperti Khaby Lame dan bintang K-pop, Siwon daripada kumpulan Super Junior.

Portal Suara.com melaporkan, kanak-kanak itu dikenali sebagai Im Kamaludin, berasal dari Thailand.

Kanak-kanak itu juga mempunyai akaun Facebook @kamaludinofficial19.

Menerusi Facebook, kanak-kanak itu memaklumkan dia berasa malu dengan video tersebut dan berharap tiada lagi pihak yang berkongsi video berkenaan.

Im juga memaklumkan dia tidak sangka video tersebut menjadi tular di seluruh dunia.

Mengakui aksinya tidak sopan, Im meminta supaya tiada kanak-kanak lain mengikuti tindakannya.

”Mulanya saya tidak tahu apa maksud isyarat jari tengah dan selepas mengetahuinya, saya berasa malu.

“Saya mohon maaf dan berharap tiada sesiapa akan ikuti perbuatan saya,” katanya.

Di sebalik video tersebut, kini Im mula terkenal dalam kalangan masyarakat di Thailand, malah banyak orang tidak melepaskan peluang untuk bergambar jika berjumpa dengannya. – Utusan Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *